Rapid KL

Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur
رڠکاين ڤڠڠكوتن اينترڬراسي درس كوالا لومڤور (راڤيد کي.ايل)
Jenis/bentuk sahRangkaian pengangkutan awam 
IndustriJenama pengangkutan awam
DitubuhkanJulai 2004 (2004-07)
Ibu pejabatKuala Lumpur,
Malaysia
Kawasan perkhidmatanLembah Klang, Malaysia
KeluaranTransit aliran ringan (LRT),
transit aliran deras (MRT),
monorel,
transit aliran bas (BRT),
bas henti-henti dan bas pengantara
PemilikPrasarana Malaysia
Tapak webhttp://www.myrapid.com.my
sunting · sunting di Wikidata

Rapid KL, singkatan untuk Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur merupakan jenama perkhidmatan pengangkutan awam yang dimiliki oleh Prasarana Malaysia dan dioperasi oleh dua anak syarikatnya Rapid Bus dan Rapid Rail. Rapid KL menjadi pengendali pengankutan awam utama di kawasan tersebut selepas penstrukturan semula sistem pengangakutan awam Kuala Lumpur dan Lembah Klang berikutan pengendali transit aliran ringan STAR dan PUTRA jatuh muflis.

Pada tahun 2003, ia mewarisi perkhidmatan bas dan aset yang sebelum ini dioperasikan dan dimiliki oleh Intrakota dan Cityliner (Park May) selepas diberi bantuan kewangan. Empat tahun kemudian, kerajaan Malaysia telah mengambil alih KL Infrastructure Group, pemilik dan pemegang konsesi operasi bagi monorel Kuala Lumpur, dan meletakkannya di bawah pemilikan Prasarana.

Dengan penubuhan dua anak syarikat baru bagi penstrukturan semula operasi rel dan bas henti-henti secara berasingan, Rapid Rail dan Rapid Bus telah ditubuhkan bagi menggantikan nama lama syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 iaitu Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur Sdn Bhd.