Stesen MRT Kwasa Damansara

Kwasa Damansara
کواس دامنسارا
Luaran stesen Kwasa Damansara.
LokasiStesen Kwasa Damansara, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Koordinat3°10′35.3″N 101°34′21.2″E / 3.176472°N 101.572556°E / 3.176472; 101.572556
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
12 Laluan Putrajaya
Platform2 platform tengah
Trek4
Pengendali kereta api9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Pembinaan
Jenis struktur9 12 Bertingkat
Templat letak kenderaan500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesen KG04   PY01 
Sejarah
Dibuka9 16 Disember 2016
12 16 Jun 2022
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Terminal Laluan Putrajaya Kampung Selamat
menghala ke Putrajaya Sentral
Laluan Putrajaya
Perkhidmatan akan datang
RRI
menghala ke Putrajaya Sentral
Laluan Kajang Kwasa Sentral
menghala ke Kajang
Lokasi

Stesen MRT Kwasa Damansara adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Nama stesen diambil daripada bandar Kwasa Damansara yang akan dibina oleh pemaju Kwasaland. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Kajang dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 1 laluan tersebut. Laluan Putrajaya dibuka pada 16 Jun 2022. Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Kota Damansara.

Stesen ini akan menjadi stesen terminal dan pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Tun Razak Exchange. Laluan Putrajaya (nama lamanya ialah Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) sudah dibuka pada Jun 2022 (mengikut perancangan stesen ini sepatutnya dibuka pada Julai 2021), dibawah Fasa 1 laluan tersebut iaitu dari stesen ini hingga stesen Kampung Batu.