Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang

Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang
Umum
LokasiLembah Klang
Jenis transit
Kereta api komuter, transit aliran & transit aliran bas
Jumlah laluan/aliran
16
(12 beroperasi, 2 dalam pembinaan dan 2 dalam perancangan)
Jumlah stesen
177 stesen transit
Bil. penumpang harian
786,251 (2019)
Bil. penumpang tahunan
245,238,163 (2019)
untuk Laluan 3 4 5 6 7 8 9
Operasi
Mula beroperasi
14 Ogos 1995 (1995-08-14)
Pengendali
Teknikal
Panjang sistem
555.7 km (345 bt)
Tolok landasan
Pengelektrikan
  • 25 kV 50 Hz AC Laluan atas (1 2 6 7 10)
  • Templat:750 V DC (3 4 5 8 9 12)
Rangkaian Transit Bersepadu Lembah Klang

Peta rasmi

sunting

Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang (TRANSIT) ialah rangkaian kenderaan bersepadu yang menyediakan perkhidmatan di Lembah Klang dan Kuala Lumpur Raya. Sistem ini terdiri daripada 12 laluan rel yang beroperasi; dua laluan kereta api komuter, enam laluan transit aliran, satu laluan transit aliran bas dan dua kereta api hubungan lapangan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, dan satu lagi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.