Shahz Jaszle

Shahz Jaszle
Shahz; 2024
Kelahiran
Muhammad Shahrizal Jaszle bin Jasmin

(1988-07-30) 30 Julai 1988
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
PendidikanDiploma
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
PasanganHanis Husna (k. 2015)
Anak-anak2

Muhammad Shahrizal "Shahz" Jaszle Jasmin (lahir 30 Julai 1988) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.

Pada 4 Mei 2017, Shahz telah membintangi filem 2017, Lebuhraya Ke Neraka, arahan Mamat Khalid. Beliau memegang watak sebagai Jeff dalam filem ini.