Seri Menanti

Seri Menanti
Soghi Monanti, Sonanti
Bandar Diraja Seri Menanti
Transkripsi Lain
 • Tulisan Jawiسري مننتي
Muzium Diraja (Istana Lama) dan kawasan sekitar.
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Kuala Pilah
LuakAdat Lingkungan
Tanah Mengandung
Ditubuhkansekitar abad ke-15
Sebagai bandar diraja1773
Penduduk
 • Jumlah1,610

Seri Menanti (sebutan dalam loghat tempatan: Soghi Monanti atau Sonanti; Jawi: سري مننتي) adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 33 kilometer ke timur ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer ke barat daya Bandar Kuala Pilah. Bandar ini terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Didakapi oleh Banjaran Titiwangsa, Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani.