Ridzuan Hashim

Ridzuan Hashim
Ridzuan dalam filem Antara Dua Hati
Kelahiran
Mohd Ridzun bin Hashim

(1961-08-13)13 Ogos 1961
Meninggal dunia4 Mei 2023(2023-05-04) (umur 61)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1981–2023
PasanganDidie Alias (k. 1992; c. 2002)
Anak-anak5
KeluargaIman Zulkarnain (anak saudara)
AnugerahPelakon Lelaki Terbaik 1991 (Festival Filem Malaysia)

Ridzuan Hashim (lahir Mohd Ridzun Hashim 13 Ogos 1961 – 4 Mei 2023) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersial sebelum menempuh era kegemilangan pada awal 1990an dan wajah kacaknya sering menghiasi banyak filem dan drama TV dan pernah memenangi beberapa anugerah perfileman dan televisyen atas keberkesanan lakonannya.