Rashid Maidin

Rashid Maidin
Rashid pada tahun-tahun terakhir kehidupannya
Kelahiran10 Oktober 1917
Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak (kini Malaysia)
Meninggal dunia1 September 2006(2006-09-01) (umur 88)
WarganegaraMalaysia
Nama lainRashid Mydin, Rashid Mahideen
PekerjaanKomunis
PasanganHamidah Abd Rashid (1938-58; bercerai)
Selamah Abdullah (1959-2006; kematiannya)
Anak-anak5

Rashid Maidin atau Rashid Mydin (10 Oktober 1917 – 1 September 2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.

Isteri pertamanya, Hamidah binti Abdul Rashid, kini menetap di Gopeng.