Ramona Zamzam

Ramona Zamzam
رامونا زمزم
Ramona ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 31 Mac 2015.
Kelahiran
Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam

(1990-06-25) 25 Jun 1990
Nama lainRamona Zamzam Alashkar
PendidikanDiploma Pengurusan Perniagaan
Pusat pendidikanKolej SEGI
PekerjaanPelakon, Model, Pengacara
Tahun aktif2002–kini
PasanganRami Alashkar (k. 2015)
Anak-anak1

Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam (lahir 25 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 dan terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model pada 2002 dan kemudiannya memulakan kerjaya lakonan pada 2004 ketika berusia 14 tahun dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam filem Castello yang ditayangkan pada 2006. Beliau ialah salah seorang daripada dua Ramona yang aktif di industri seni hiburan Malaysia, seorang lagi ialah Ramona Rahman.