Ramlah Ram

Ramlah Ram
Ramlah Ram pada 1989
Kelahiran (1965-02-19) 19 Februari 1965
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1985–kini
PasanganKamal Roslim (k. 2000; c. 2010)
Kerjaya muzik
GenrePop, Ghazal, Zapin, Joget, Dangdut, Pop Rock
Alat muzikSuara
DiskografiLihat: Diskografi Ramlah Ram
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "Background"

Ramlah Ram (lahir 19 Februari 1965) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau dinobatkan sebagai juara apabila membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu-lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Diam-Diam Jatuh Cinta, Siapa Yang Bersalah, Selamat Jalan Romeo, Zapin Yang Tinggal, Ketentuan, Dirgahayu, 5.00 Minit dan Sesaat Kau Datang.

Beliau ialah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album studio pada setiap dekad - empat dekad berturut-turut selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, ND Lala, Hattan dan Noraniza Idris.