Putera Bersama Andorra

Kerajaan Andorra
Copríncep d'Andorra (Bahasa Catalonia)
Penjawat kini
Josep-Lluís Serrano Pentinat
sejak 31 May 2025
Co-incumbent
Emmanuel Macron
sejak 14 Mei 2017
Butiran
GelaranYang Terutama
(Sa Excel·lència)
Penyandang pertamaPere d'Urtx
Roger-Bernard III
Pembentukan1278
PersemayamanKatedral La Seu d'Urgell
Istana Élysée
PelantikPaus (seumur hidup)
Rakyat Perancis (setiap lima tahun, boleh diperbaharui sekali)

Kerajaan Bersama Andorra merupakan ketua-ketua negara (Cap de l'Estat) Andorra, sebuah negara mikro yang terletak dalam pergunungan Pyrene di antara Perancis dan Sepanyol. Pemerintahan diarkikal ini diasaskan pada tahun 1278 melalui perjanjian antara Uskup Urgell dan Adipati Foix dari Perancis, lalu telah lama bertahan dari sebelum Zaman Pertengahan lagi sehinggalah ke hari ini.

Uskup Urgell (kini dijawat Josep-Lluís Serrano Pentinat) kekal dalam tampuk kekuasaannya sebagai seorang "Putera Andorra", namun pemindahan kuasa Bupati Foix kepada pemerintahan beraja Perancis dan seterusnya kepada Presiden dari Republik Perancis turut menjadikan penguasa ini mewarisi penjawatan secara bergandingan (kini dipegang Emmanuel Macron). Kedua-dua penguasa ini melantik wakil peribadi mereka - kini diwakili Patrick Strzoda (bagi pihak Perancis) dan Josep Maria Mauri (bagi pihak Urgell).