Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
| Moto | TEKNOLOGI TERAS PEMBANGUNAN |
|---|---|
| Ditubuhkan pada | 1976 |
| Dirasmikan pada | 9 November 1985 |
| Dirasmikan oleh | KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah |
| Pengarah terkini | YH. Mej. (K) Dato' Haji Abu Bakar Ahmad |
| Timbalan Pengarah (Akademik) | Puan Shamsuria Mohd Ariffin |
| Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | Che Alias Mohd Yusof |
| Lokasi | Kuantan, Pahang |
| Laman web | http://www.polisas.edu.my |
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ialah sebuah Politeknik di Malaysia yang terletak di Kuantan, Pahang. Politeknik ini merupakan Institusi Pengajian Tinggi yang tertua di Pahang yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1976. Institusi ini adalah ke-7 tertua dalam senarai institusi awam dibawah kendalian kerajaan. POLISAS mempunyai jumlah pelajar sekitar 8,396 orang pada tahun 2010. Ini menjadikannya sebuah politeknik terbesar di Malaysia. Dasar POLISAS adalah antara terbaik yang diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa.