Politeknik di Malaysia
Pendidikan di Politeknik
Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta menambah program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.
Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum Pengajian Tinggi (No. 198/2685/2010) dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik METrO dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10.
VISI
Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri
MISI
- Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf
- Membangunkan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan industri yang diselaraskan
- Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan
- Mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET
OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Melonjakkan Politeknik sebagai institusi peneraju TVET dalam bidang latihan teknikal pada peringkat diploma dan ke atas;
2. Mengukuhkan kerelevanan dan responsive program pengajian di Politeknik terhadap kehendak pembangunan ekonomi Negara;
3. Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan graduat berkualiti yang berdaya usahawan (enterprising), dan berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing;
4. Membina reputasi dan jenama baru yang mampu meletakkan Politeknik antara institusi pengajian terbaik Negara; dan
5. Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik pelajar ke Politeknik.
SEJARAH POLITEKNIK
Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta penambahan program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.
Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 198/2685/2010) dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik Metro dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10. Sehingga kini terdapat 33 politeknik merentasi kesemua 14 negeri di Malaysia, dengan menggunakan kepakaran kira-kira 7,800 tenaga pengajar yang mendepani 92,000 orang pelajar melalui kira-kira 87 program pengajian yang ditawarkan.
TRANSFORMASI POLITEKNIK
Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 20 November 2009 telah menimbang Memorandum Pengajian Tinggi (No. 871/2670/2009) dan bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik dengan objektif yang berikut:
- Melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang TVET;
- Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik agar selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara;
- Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan siswazah berkualiti yang berdaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing;
- Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi negara yang terbaik; dan
- Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar.
Hala Tuju Transformasi Politeknik ini dilancarkan pada 25 Februari 2010 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merupakan permulaan usaha bagi membina upaya baharu politeknik untuk melestarikan pembangunan modal insan. Empat teras Hala Tuju Transformasi Politeknik yang dipersetujui pihak Jemaah Menteri adalah seperti berikut:
- Pemerkasaan politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti;
- Pembangunan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap politeknik;
- Pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan peringkat tinggi;
- Pembinaan imej dan budaya kerja cemerlang.
Bagi merealisasi agenda negara, Transformasi Politeknik mendukung Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi melalui inisiatif yang dilakukan mengikut 4 fasa yang berikut:
- Fasa I: Quick Wins dan Transformasi Keinstitusian
- Fasa II: Peningkatan ke arah Kecemerlangan
- Fasa III: Pemerkasaan
- Fasa IV: Kecemerlangan
Setiap fasa mempunyai kerangka berpandukan hasil yang diharapkan dan dikenalpasti. Justeru itu, hasil yang ingin dicapai adalah seperti berikut:
- Politeknik sebagai institusi pilihan;
- Siswazah yang mempunyai kebolehdayaan diambil bekerja serta berdaya keusahawanan; dan
- Persepsi positif terhadap politeknik.