Piala Konfederasi FIFA 2001
| 대한민국/일본 2001년 2001 韓国/日本 | |
|---|---|
| Perincian kejohanan | |
| Negara-negara tuan rumah | Korea Selatan Jepun |
| Tarikh | 30 Mei – 10 Jun |
| Pasukan | 8 (dari 6 konfederasi) |
| Tempat | 6 (di 6 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Perancis (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Jepun |
| Tempat Ketiga | Australia |
| Tempat Keempat | Brazil |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 16 |
| Jaringan gol | 31 (1.94 per perlawanan) |
| Kehadiran | 557,191 (34,824 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Éric Carrière Shaun Murphy Robert Pirès Hwang Sun-Hong Takayuki Suzuki Patrick Vieira Sylvain Wiltord (2 setiap pemain) |
| Pemain terbaik | Robert Pirès |
| Anugerah Permainan Bersih | Jepun |
← 1999 2003 → | |
Piala Konfederasi FIFA 2001 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang telah dianjurkan oleh FIFA. Ini merupakan kejohanan kali kelima dalam sejarah penganjuran Piala Konfederasi termasuk Piala Raja Fahd yang telah dianjurkan pada tahun 1992 dan 1995. Kejohanan kali ini juga menyaksikan pasukan Arab Saudi yang merupakan negara pengasas Piala Konfederasi (di bawah nama Piala Raja Fahd) tidak bertanding kerana tidak memenangi kejohanan di peringkat Asia.
Kejohanan ini diadakan di beberapa bandar sekitar Korea Selatan dan Jepun bermula pada 30 Mei hingga 10 Jun 2001. Ia dimenangi oleh pasukan Perancis yang menewaskan negara tuan rumah, Jepun. Perancis merupakan pasukan kedua yang memenangi Piala Dunia FIFA pada tahun 1998, kejohanan di peringkat benua UEFA pada tahun 2000 dan kejohanan ini berturut-turut selepas pasukan Brazil.