Phyne Ballerz
Phyne Ballerz | |
|---|---|
Phyne Ballerz pada 2002. Berdiri di belakang: Beego. Berdiri di depan: Billy, Nine dan Munir. | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Genre | |
| Tahun aktif | 1999–2005 |
| Syarikat rakaman | KRU Records |
| Kegiatan berkaitan | Billy Zulkarnain |
| Bekas anggota |
|
| sunting · sunting di Wikidata | |
Phyne Ballerz merupakan sebuah kumpulan RnB Malaysia, terdiri daripada Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri (Nine), Sheikh Ahmad Rabily Sheikh Abdul Rahman (Billy), Abdul Munir Awang (Munir) dan Mohd Aszerul Nizam Abdullah (Beego). Kumpulan ini menempa kejayaan sepanjang kerjaya muzik mereka selama 6 tahun dan telah menerbitkan dua album studio. Mereka terkenal dengan single popular seperti "Kawan Makan Kawan", "Monte Carlo", "Vida", "Hasrat" dan "Jangan Pisahkan".