Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
مجليس ايکونومي دان سوسيال
ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو
United Nations Economic and Social Council (en)
Conseil économique et social des Nations unies (fr)
Kerangka
KependekanECOSOC 
Jenis/bentuk sahPertubuhan utama bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
Tapak webecosoc.un.org/en 
Sejarah
Ditubuhkan1945 
Pengurusan
PresidenPaula Narváez
Pertubuhan indukPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
Subsidiari
GabunganSistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
Lokasi
Ibu pejabatBandar Raya New York 
sunting · sunting di Wikidata

Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) berperanan membantu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggalakkan kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh 3 tahun. Presidennya dilantik oleh Majlis sendiri untuk tempoh satu tahun. ECOSOC bermesyuarat sekali setahun pada bulan Julai selama 4 minggu. Sejak 1998, Majlis ini mengadakan satu lagi mesyuarat pada setiap bulan April dengan ahli-ahli jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). ECOSOC berfungsi mengumpulkan maklumat, memberi nasihat serta syor kepada negara-negara ahli. Namun, ECOSOC berperanan besar dalam menyeragamkan dasar-dasar dan mengkoordinasikan fungsi-fungsi badan PBB yang bertindih.