Persipura Jayapura

Persipura Jayapura
Nama penuh Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura
Gelaran Mutiara Hitam (The Black Pearls)
Ditubuhkan 1963
Stadium/Padang Stadium Mandala
Jayapura, Indonesia
Kapasiti 30.000
Pengerusi Benhur Tommy Mano
Ketua Jurulatih Alfredo Vera
Liga Liga 2
2021/22 ke-16, Liga 1
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan


Persipura Jayapura adalah sebuah kelab bola sepak profesional Indonesia yang berpangkalan di bandaraya Jayapura, negeri Papua, Indonesia. Persipura Jayapura sering digunakan dalam media tempatan.

Nama samaran pasukan "Mutiara Hitam" atau "The Black Pearl". Persipura bersaing di divisyen teratas dalam liga Indonesia iaitu Liga 1. Stadium Persipura dikenali sebagai Stadium Mandala, yang mempunyai kapasiti lebih dari 25,000 tempat duduk. Persipura Jayapura merupakan salah satu kelab profesional terbesar di Indonesia. Mereka biasanya menggunakan banyak pemain tempatan Papua dalam pasukan mereka. Antara pemain Papua yang menyerlah adalah Boaz Solosa yang juga merupakan pemain pasukan kebangsaan Indonesia.