Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Bulan Sabit Merah Malaysia
Malaysian Red Crescent
BSMM
Bulan Sabit Merah Malaysia (ms)
Kerangka
KependekanBSMM 
Jenis/bentuk sahPertubuhan bukan untung
FokusBantuan kemanusiaan
IndustriEmergency and relief 
Anggota bagiPersekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah 
Tapak webwww.redcrescent.org.my
Sejarah
Ditubuhkan1948
Tokoh pentingYTM Tunku Puteri Intan Safinaz
Pengerusi Kebangsaan
Perangkaan
Hasil/pendapatan (2020,2019)RM12,697,072 RM5,866,855
Anugerah
Nansen Refugee Award (1977) 
Lokasi
Ibu pejabatKuala Lumpur 
Lokasi
Koordinat3°7′59″N 101°42′4″E 
Kawasan perkhidmatanMalaysia 
sunting · sunting di Wikidata

Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan kemanusiaan sukarela yang bertugas untuk mempromosi nilai kemanusiaan serta menyediakan perkhidmatan dan pendidikan awam dalam pengurusan bencana, serta penjagaan kesihatan dalam masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

BSMM beribu pejabat di Kuala Lumpur, beserta 16 pejabat negeri dan lebih daripada 150 cawangan di seluruh negara. BSMM juga mempunyai kehadiran yang sangat aktif dalam kalangan belia dan dewasa melalui rangkaian unit sukarelawan yang teratur di sekolah dan institusi pengajian tinggi.