Perang Saudara Sepanyol

Perang Saudara Sepanyol
Tarikh17 Julai 1936 – 1 April 1939
Lokasi
Keputusan

Kemenangan pihak Nasionalis

Pihak yang terlibat

Puak Republikan

  • Barisan Rakyat
  • Confederación Nacional del Trabajo (Persekutuan Pekerja Kebangsaan)/ Persekutuan Anarkis Iberia
  • Kesatuan Umum Pekerja
  • Puak Republikan Kiri Catalonia / Estat Català
  • Euzko Gudarostea (1936–1937)
  • Partido Galeguista

Disokong oleh

Puak Nasionalis

  • Falange
  • puak Carlismo (1936–1937)
  • Confederación Española de Derechas Autónomas (1936–1937)
  • Alfonsism (1936–1937)
  • Tentera Afrika Sepanyol

Disokong oleh

Komandan dan pemimpin
Ketua puak Republikan
Manuel Azaña
Julián Besteiro
Francisco Largo Caballero
Juan Negrín
Indalecio Prieto
Vicente Rojo Lluch
José Miaja
Juan Modesto

Juan Hernández Saravia
Carlos Romero Giménez
Buenaventura Durruti 
Lluís Companys
José Antonio Aguirre
Alfonso Castelao
Ketua puak Nationalis
José Sanjurjo 
Emilio Mola 
Francisco Franco
Miguel Cabanellas 
Manuel Goded Llopis 
Manuel Hedilla
Manuel Fal Condé
José María Gil-Robles y Quiñones
Gonzalo Queipo de Llano
Kekuatan
450,000 infantri
350 kapal terbang
200 bateri
(1938)
600,000 infantri
600 kapal terbang
290 bateri
(1938)
Kerugian dan korban

~500,000 orang terbunuh

450,000 orang melarikan diri

Perang Saudara Sepanyol meletus di Sepanyol dari 17 Julai 1936 hingga 1 April 1939. Perperangan meletus selepas pronunciamiento (pengistiharan penentangan) oleh satu kumpulan jeneral di bawah pimpinan José Sanjurjo menentang pemerintah Republik Sepanyol Kedua, semasa di bawah pimpinan Presiden Manuel Azaña. Rampasan kuasa pemberontak disokong oleh beberapa kumpulan konservatif termasuk Persekutuan Sepanyol bagi Hak Autonomi, penyokong diraja seperti puak Carlista yang berfahaman konservatif beragama , dan puak fasis Falange. Perang ini tercetus oleh sentimen autoritarianisme dan diwarnai perasaan anti-pemisahan dan kebencian terhadap bangsa-bangsa Basque dan Catalonia dalam kawasan Nasionalis.

Berikutan hanya rampasan kuasa yang separuh berjaya, Sepanyol menjadi terpecah secara politik dan ketenteraan. Sejak itu dan berikutnya, jeneral Francisco Franco memulakan perang melesukan berpanjangan menentang pemerintah berkuasa bagi pengawalan negara. Pasukan pemberontak menerima sokongan Jerman Nazi, Itali dan Portugal manakala Kesatuan Soviet dan Mexico campur tangan bagi menyokong kerajaan Republikan atau pihak loyalis.

Penghapusan berdarah berlaku dalam kawasan ditawan dari republic bagi mengukuhkan regim Franco di masa hadapan, sementara pembunuhan berbeza pada asasnya berlangsung di kawasan dikawal oleh Republikan, di mana pembunuhan kebanyakannya akibat ketiadaan undang-undang dan peraturan. Perang Saudara menjadi penting bagi pemisahan semangat dan politik yang ditimbulkan olehnya. Puluhan ribu orang awam dari kedua pihak dibinuh kerana kepercayaan teori atau agama mereka, dan selepas tamat Perang pada tahun 1939, mereka yang berkait dengan Republikan yang kalah dihukum oleh pihak Nationalis yang menang.

Perperangan berakhir dengan kemenangan Nationalist, penggulingan kerajaan dilantik secara demokratik, dan penghijrahan beribu-ribu penduduk Sepanyol yang berhaluan kiri, ramai dari mereka lari ke kem pelarian di Selatan Perancis. Dengan penubuhan kediktatoran pimpinan Jeneral Francisco Franco selepas berakhirnya Perang Saudara, kesemua parti sayap kanan disepadukan dalam struktur rejim Franco.