Perang Enam Hari
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Perang Enam Hari (Tulisan Jawi: ڤرڠ انم هاري; Bahasa Ibrani: מלחמת ששת הימים Milkhemet Sheshet HaYamim, Bahasa Arab: حرب الأيام الستة ḥarb al-ayyām al-sittaṯ), juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel dan negeri-negeri Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria.
Apabila Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB dari sempadan Mesir-Israel dan menambahkan bilangan angkatan tenteraannya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir. Jordan pula menyerang bandar Israel Baitulmaqdis dan Netanya. Pada akhir perang, Israel berjaya menguasai Genting Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat, dan Bukit Golan. Kesan perang ini mempengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sehingga hari ini.