Perang Amerika Syarikat–Sepanyol

Perang Amerika-Sepanyol
Sebahagian daripada Revolusi Filipina, Perang Kemerdekaan Cuba

Charge of the Rough Riders at San Juan Hill, oleh Frederic Remington
Tarikh25 April – 12 Ogos, 1898
Lokasi
Keputusan Kemenangan Amerika Syarikat, Perjanjian Paris,
Perang Amerika-Filipina
Perubahan
wilayah
Sepanyol menyerahkan kedaulatan ke atas Cuba, menyerahkan Kepulauan Filipina, Puerto Rico, dan Guam kepada Amerika Syarikat dengan jumlah AS$ 20 juta.
Pihak yang terlibat
Amerika Syarikat
Pemisah Cuba
Pemisah Puerto Rico
Katipunan
Kerajaan Sepanyol
Komandan dan pemimpin
William McKinley
Nelson A. Miles
Theodore Roosevelt
William R. Shafter
George Dewey
William T. Sampson
Máximo Gómez
Emilio Aguinaldo
Apolinario Mabini
Práxedes Mateo Sagasta
Patricio Montojo
Pascual Cervera
Arsenio Linares y Pombo
Manuel Macías y Casado
Ramón Blanco y Erenas
Kekuatan

Republik Cuba:

30,000 anggota bukan tetap

Amerika Syarikat:

300,000 anggota tetap dan sukarelawan

Tentera Darat Sepanyol:

278,447 anggota tetap dan militia (Cuba),
10,005 anggota tetap dan militia (Puerto Rico),
51,331 anggota tetap dan militia (Filipina)
Kerugian dan korban

Republik Cuba:

10,665 mati

Tentera Darat Amerika Syarikat:

345 mati,
1,577 cedera,
2,565 penyakit

Tentera Laut Amerika Syarikat:

16 mati,
68 cedera

Tentera Laut Sepanyol:

560 mati,
300–400 cedera

Tentera Darat Sepanyol:

3,000 mati atau cedera
6,700 ditawan,(Filipina)
13,000 penyakit (Cuba)

Perang Amerika-Sepanyol adalah satu konflik yang berlaku pada tahun 1898 di antara Amerika Syarikat dengan Sepanyol. Pemberontakkan telah merebak selama puluhan tahun di Cuba dan diawasi dengan ketat oleh Amerika; terdapat ketakutan akan perang sebelumnya, sepertimana di dalam Hubungan Virginius pada tahun 1873. Pada 1897–98, rakyat Amerika bertambah marah akan laporan tentang kekejaman Sepanyol, dan selepas penenggelaman misteri kapal perang Maine di pelabuhan Havana, menjadikan kerajaan yang diketuai oleh Presiden William McKinley, seorang anggota Republican, berperang. Mustahil untuk mencapai kompromi; Sepanyol mengistiharkan perang pada 23 April, 1898; Kongres Amerika Syarikat secara rasmi mengistiharkan pemulaan perang pada 21 April.

Meskipun isu utama adalah kemerdekaan Cuba, sepuluh minggu perang berlaku di kedua-dua Caribbean dan Pasifik. Hasilnya adalah kemenangan muktamad bagi Amerika, diikuti dengan penubuhan pihak berkuasa sementara di Cuba dan kuasa penjajahan tidak terbatas ke atas Puerto Rico, Guam dan Filipina diserahkan kepada Amerika Syarikat pada 10 Disember, 1898 melalui Perjanjian Paris. Sepanyol, yang mana situasi politik adalah sangat tidak stabil, berjaya menyingkirkan sebuah empayar yang mahal dengan kehormatan (Amerika Syarikat membayar AS$ 20 juta kepada Sepanyol). Pemenang telah mendapat pegangan ke atas beberapa pulau di seluruh dunia dan menimbulkan perdebatan baru berkenaan kebijaksanaan penjajahan.