Pasukan bola sepak kebangsaan Makau

Makau
PersatuanPersatuan Bola Sepak Makau
Sub-konfederasiEAFF (Asia Timur)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihTam Iao San
KaptenCheang Cheng Ieong
Kaps terbanyakCheang Cheng Ieong (34)
Penjaring terbanyakChan Kin Seng (17)
Stadium tuan rumahEstádio Campo Desportivo
Kod FIFAMAC
Kedudukan FIFA 193 (3 April 2025)
Kedudukan tertinggi FIFA156 (September 1997)
Kedudukan terendah FIFA197 (Ogos 2008, November 2008)
Kedudukan Elo 225 5 (21 Jun 2024)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
Makau 1 - 5 Korea Selatan 
(Makau; 25 Januari 1949)
Kemenangan terbesar
Makau 5 - 1 Filipina 
(Hong Kong; 2 April 1996)
Kekalahan terbesar
 Jepun 10 - 0 Makau
(Tokyo, Jepun; 22 Jun 1997)
 Jepun 10 - 0 Makau
(Muscat, Oman; 25 Mac 1997)

Pasukan bola sepak kebangsaan Makau (Cina Tradisional: 澳門足球代表隊; Portugis: Selecção Macaense de Futebol) merupakan pasukan bola sepak yang mewakili Makau, China di pentas bola sepak antarabangsa. Pasukan ini dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Makau (Cina Tradisional: 澳門足球總會; Portuguese: Associação de Futebol de Macau).

Pasukan Makau merupakan salah satu pasukan bola sepak yang mempunyai ranking terendah. Pasukan ini juga tidak pernah layak ke Piala Asia mahupun Kejohanan Bola Sepak Asia Timur. Pasukan ini dikenali sebagai Makau oleh FIFA tetapi EAFF mengenali pasukan ini dengan nama Makau, China.

Di Makau, pasukan ini digelar sebagai "Pasukan Makau" (Bahasa China: 澳門隊) manakala pasukan China digelar sebagai "Pasukan Kebangsaan" (Bahasa China: 國家隊).