Parti Kebangsaan Scotland

Parti Kebangsaan Scotland
Scottish National Party
Scots National Pairty
Pàrtaidh Nàiseanta na h-Alba
SingkatanSNP
PengerusiJohn Swinney (mul) (2024–)
KetuaJohn Swinney
Naib Ketua (Depute Leader)Keith Brown
Ketua EksekutifPeter Murrell
Ketua di WestminsterIan Blackford
Presiden PartiMichael Russell
Diasaskan7 April 1934
Penggabungan
  • National Party of Scotland
  • Scottish Party
Didahului olehNational Party of Scotland (en)
Scottish Party (en)
Anggota bagi
Ibu pejabatGordon Lamb House
3 Jackson's Entry
Edinburgh
EH8 8PJ
Sayap pelajarSNP Students
Sayap belia/pemudaYoung Scots for Independence
LGBT wingOut for Independence
Keanggotaan (2018) 125,691
Ideologi
Kedudukan politikCentre-left
Hubungan EropahEuropean Free Alliance
Warna     Kuning
     Hitam
Slogan"Scotland's Future, Scotland's Choice"
Lagu"Scots Wha Hae"
Tapak sesawangwww.snp.org
Pautan lain
House of Commons (Scottish seats)
44 / 59
Parlimen Scotland
64 / 129
Local government in Scotland
399 / 1,227
  • Politik Scotland
  • Parti politik
  • Pilihan raya
  • Politik the United Kingdom
  • Parti politik
  • Pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata

Parti Kebangsaan Scotland (bahasa Inggeris: Scottish National Party, kependekan: SNP; Gaelik Scotland: Pàrtaidh Nàiseanta na h-Alba, Scots: Scots Naitional Pairtie) ialah sebuah parti politik nasionalis dan demokrasi sosial di Scotland. SNP menyokong dan berkempen untuk kemerdekaan Scotland. Ia merupakan parti politik terbesar di Scotland dengan pegangan kerusi terbanyak di Parlimen negara tersebut dan kerusi-kerusi Scotland di Parlimen United Kingdom. Bahkan, ia mempunyai keahlian ketiga terbesar dalam kalangan parti-parti politik United Kingdom serta jumlah bilangan perwakilan di Dewan Rakyat selepas Parti Konservatif dan Parti Buruh. Ketua parti ini, Nicolas Sturgeon telah berkhidmat sebagai Menteri Pertama Scotland sejak 20 November 2014.

Parti ini dibentuk pada tahun 1934 dengan pengabungan Parti Nasionalis Scotland dengan Parti Scotland. Ia telah mempunyai perwakilan berterusan di dalam Parlimen Scotland perwakilan sejak Winnie Ewing memenangi pilihan raya kecil Hamilton 1967. Apabila Parlimen Scotland yang didevolusikan terbentuk pada tahun 1999, SNP menjadi parti kedua terbesar berkhidmat sebagai parti pembangkang  selama dua penggal. SNP mendapat peningkatan besar pengaruh mereka dengan perolehan kerusi dalam pilihan raya umum Scotland 2007, seterusnya membentuk kerajaan minoriti. Mereka kemudiannya memenangi pilihan raya umum seterusnya pada 2011 dan membentuk kerajaan majoriti pertama Parlimen Scotland.

SNP adalah parti politik yang terbesar di Scotland dari segi keahliannya yang mencapai lebih 120,000 orang ahli pada Julai 2016, iaitu sekitar 2% penduduk Scotland. Ia kini mempunyai 63 ahli Parlimen negeri, 44 ahli Dewan Rakyat dan lebih 400 ahli majlis perbandaran; parti ini tidak mempunyai apa-apa anggota dalam Dewan Pertuanan selaras pendirian parti menyokong penghapusan dewan tinggi tersebut. SNP adalah ahli Pakatan Bebas Eropah.