Parlimen Scotland
| Parlimen Scotland ڤرليمن سکوتلند | |
|---|---|
| Pàrlamaid na h-Alba The Scots Pairlament | |
| Parlimen Scotland ke-5 | |
| Jenis | |
| Jenis | |
| Sejarah | |
| Diasaskan | 12 Mei 1999 |
| Kepimpinan | |
Pegawai Pengerusi | Ken Macintosh sejak 12 Mei 2016 |
Menteri Pertama | Nicola Sturgeon, SNP sejak 20 November 2014 |
Ketua Pembangkang | Ruth Davidson, Konservatif sejak 11 Ogos 2020 |
Pemimpin Parti Pembangkang | Richard Leonard, BuruhPatrick Harvie, HijauWillie Rennie, Parti Demokrat Liberal |
| Struktur | |
| Ahli | 129 |
Kumpulan politik | Pemerintah (61):
Parti Pembangkang (67):
Pegawai Pengerusi (1):
|
| Jawatankuasa | 16
|
| Pilihan raya | |
Sistem pengundian | Sistem ahli tambahan |
Pilihan raya terakhir | 5 Mei 2016 |
Pilihan raya seterusnya | 6 Mei 2021 atau lebih awal |
| Tempat persidangan | |
| Bangunan Parlimen Scotland, Edinburgh | |
| Laman sesawang | |
| www | |
| sunting | |
Parlimen Scotland (Gaelik Scotland: Pàrlamaid na h-Alba; Scots: The Scots Pairlament) ialah badan perundangan ekadewan bagi negara Scotland. Disebabkan ia terletak di kawasan Holyrood dekat ibu negara Edinburgh, ia sering kali dirujuk dengan kata gelar Holyrood. Parlimen ini dipilih secara demokratik yang terdiri daripada 129 orang ahli yang dikenali sebagai Ahli Parlimen Scotland (MSP), dipilih untuk jangka masa empat tahun melalui sistem ahli tambahan: 73 MSP mewakili kawasan undi geografi individu yang dipilih melalui sistem kemajmukan ("pemenang undi terbanyak"), manakala 56 ahli daripada kawasan ahli tambahan, di mana setiap satunya memilih tujuh MSP. Pilihan raya paling terkini bagi Parlimen ini telah diadakan pada 5 Mei 2016, dengan Parti Kebangsaan Scotland memenangi kemajmukan.
Parlimen Scotland yang asal merupakan badan perundangan kebangsaan bagi Negara Beraja Scotland yang merdeka dan wujud sejak awal abad ke-13 sehingga negara beraja itu bergabung dengan Negara Beraja England di bawah Akta Penyatuan 1707 untuk membentuk Negara Beraja Great Britain. Dengan itu, kedua-dua Parlimen Scotland dan England tidak lagi wujud dan Parlimen Great Britain yang berada di Westminster di London telah dibentuk.
Berikutan satu pungutan suara pada 1997, di mana pengundi-pengundi Scotland meilih untuk penurunan kuasa, Parlimen terkini diwujudkan melalui Akta Scotland 1998, yang menetapkan kuasanya sebagai badan perundangan penurunan. Akta itu menentukan kecekapan perundangan Parlimen – bidang di mana ia boleh membuat undang-undang – dengan jelas menyatakan kuasa yang "dikhaskan" kepada Parlimen United Kingdom. Parlimen Scotland mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di semua bidang yang tidak dikhaskan secara tersurat kepada Westminster. Parlimen British mengekalkan keupayaan untuk meminda bidang rujukan Parlimen Scotland, dan boleh memperluas atau mengurangkan bidang di mana ia boleh membuat undang-undang. Sidang pertama untuk Parlimen baru telah diadakan pada 12 Mei 1999.