Nabi Isa
- Untuk kIsah mengenai Nabi Isa, sila lihat
Nama Isa ditulis dalam seni khat. | |
| Kelahiran | Tahun 7-2 (Sebelum Masihi) di Baitullaham dibawah pemerintahan Judea Lama. (kini sebahagian daripada Palestin). |
| Hilang pada | antara tahun ke-30 ke 33 Masihi Taman Gethsemane, Jerusalem |
| Meninggal dunia | belum meninggal dunia sebaliknya diangkat oleh Allah diantara umur 30-33 tahun. Akan turun kembali ke bumi apabila Hari Kiamat mula hampir. Lihat Tanda-tanda Kiamat. |
| Terkenal kerana | salah seorang dari Nabi dan rasul dalam ajaran Islam dan Rasul Ulul Azmi. |
| Pasangan | Tidak berkahwin |
| Anak-anak | Tiada anak, namun meninggalkan 12 orang Hawari. |
| Ibu bapa | Tiada bapa, mempunyai ibu bernama Maryam |
|
Isa (عيسى) merupakan seorang nabi yang penting dalam agama Islam. Dalam Kitab Suci Al Qur'an, baginda digelar Isa bin Maryam atau Isa al-Masih. Panggilan ini berasal daripada bahasa Aram.
Mengikut Al-Quran, keturunan Nabi Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran, yang kemudianya dibesarkan oleh Nabi Zakaria dan dengan kelahiran Nabi Yahya. Al-Quran telah mencatatkan berkenaan kelahiran Nabi Isa tanpa wujudnya seorang ayah.
- إِذۡ قَالَتِ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ يَٰمَرۡيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍۢ مِّنۡهُ ٱسۡمُهُ ٱلۡمَسِيحُ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ وَجِيهًا فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ Maksudnya: “(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Wahai Mariam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakan, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Mariam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).” (Surah ali ‘Imran: 45)
Sirah Nabi Isa kemudian diteruskan dengan diangkat sebagai seorang utusan Allah, penolakan oleh Bani Israel dan berakhir dengan diangkat ke langit.