| Eskatologi Islam
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Portal Islam
|
|
Ya’juj dan Ma’juj / Yakjuj dan Makjuj / (Arab: يأجوج و مأجوج) atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi, גוג ומגוג) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Yahudi, Kristian, Islam dan juga kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.
Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, makhluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat. Ya'juj dan Ma,juj sebenarnya adalah manusia, yang mempunyai perwatakan ganas, membuat kerosakan, menjahanamkan tamadun yang mereka serang, mengambil makanan tuaian, membunuh, merogol, mereka bergerak dari kawasan utara Asia dan timur Eropah ke selatan dan dari tengah Asia ke barat Eropah.