Misteri Dilaila

Misteri Dilaila
PengarahSyafiq Yusof
PenulisSyafiq Yusof
Lakon layarSyafiq Yusof
Dihasilkan olehYusof Haslam
Khairul Anuar Salleh (Penerbit Eksekutif)
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehSyafiq Yusof
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 21 Februari 2019 (Malaysia)
  • 15 Mac 2019 (Indonesia)
Masa tayangan
  • 81 minit (versi 1)
  • 82 minit (versi 2)
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 2.2 juta
Pecah panggungRM 9.4 juta

Misteri Dilaila ialah sebuah filem seram ngeri psikologi Malaysia 2019 arahan Syafiq Yusof. Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila yang bercuti di Bukit Fraser, Pahang, tetapi percutian itu bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya. Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron dan Sasqia Dahuri.

Filem ini ialah terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw sejak Abang Long Fadil 2 (2017). Penggambaran dijalankan pada Mac 2018 di Bukit Fraser, Pahang dan berakhir pada Mei 2018, filem ini ditayangkan pada 21 Februari 2019. Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM9.4 juta. Misteri Dilaila mencipta sejarah dalam industri filem negara dengan menjadi filem Malaysia pertama dengan dua versi penamat berbeza.