Media
Media (Jawi: ميديا, juga media penyiaran) atau bentuk mufradnya medium (serapan Latin terbitan kata medius "tengah" sewarisan Sanskrit: माध्य, rumi: madhya) merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat disebarkan kepada masyarakat, melalui radio, televisyen, suratkhabar, majalah, filem, dan juga internet. Istilah ini telah dicipta pada tahun 1920-an ketika rangkaian radio serta jaringan suratkhabar dan majalah mula boleh didapati dengan mudah di merata tempat.