Internet

Secara amnya, Internet (Jawi: اينترنيت; singkatan ungkapan Inggeris inter-network) ialah suatu rangkaian komputer besar yang saling berhubung menerusi beberapa rangkaian kecil setempat. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking. 80% daripada maklumat di internet adalah dalam bahasa Inggeris dan hanya 20% daripada keseluruhan adalah bahasa lainnya.

Nama Internet muncul dalam manual radio sediaan Jabatan Perang Amerika Syarikat tahun 1945, ia turut ditakrif lakuran Internetwork atau "antarangkaian" dalam dokumen RFC 675 tahun 1974 Pengungkapan ini ada duluan dari kata sifat internetted seawal 1849 yang bererti "saling terkait" (interwoven) mengias kepada kerja mengait jala (net); – ia pernah dipinjam terjemah di India dalam bahasa Hindi diakar Sangsakerta sebagai अन्तर्जाल antarjāla.