Masjid Diraja Sultan Suleiman

Masjid Diraja Sultan Suleiman
Masjid Suleiman
مسجد دراج سلطان سليمان
Info asas
LokasiKlang, Selangor, Malaysia
Koordinat geografi3°02′05″N 101°27′01″E / 3.03472°N 101.45028°E / 3.03472; 101.45028
NegaraMalaysia
Penerangan seni bina
ArkitekLeofric Kesteven
Jenis seni bina-
Pecah tanah pada1922
Disiapkan pada1923
Kos pembinaan-
Spesifikasi
Kapasiti1000
Bil. menara masjid1
Tinggi menara masjid136 kaki

Masjid Diraja Sultan Sulaiman telah dibina pada tahun 1922, sempena pemasyhuran Kelang sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan Inggeris kepada Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang kelima. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda di 1924 dikenali dengan nama Masjid Sulaiman Jamaar Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan Masjid Besar Selangor sehinggalah terbina Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Bandar Shah Alam. Sekarang dirasmi sebagai Masjid Diraja Sultan Sulaiman, Kelang.

Masjid ini terletak bersebelahan dengan Istana Besar Selangor, Istana Alam Shah dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), yang dahulunya termasuk dalam perkarangan istana. Didalam masjid ini juga terdapat satu daripada tiga kubur diraja iaitu Makam Diraja Sultan Sulaiman, kelang.