Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia
| Jenis/bentuk sah | Syarikat awam |
|---|---|
| Ditubuhkan | Ditubuhkan pada tahun 1985; dan diperbadankan sebagai sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada November 1996, menggunakan nama MIMOS Berhad. |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tokoh penting | Dr. Saat Shukri Embong, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) |
| Keluaran | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Nasional Malaysia |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
MIMOS Berhad (atau MIMOS) ialah pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ia merupakan syarikat milik penuh kerajaan yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan (Diperbadankan).
Ditubuhkan pada awal tahun 1985 sebagai sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri, MIMOS pada asalnya dikenali sebagai Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Malaysia Institute of Microelectronic Systems). Penubuhannya bertujuan untuk meningkatkan kepakaran serta pengetahuan jurutera dan saintis tempatan, sekali gus menyokong pembangunan industri berasaskan elektronik yang baharu di negara ini.
Sebagai agensi strategik MOSTI, MIMOS berperanan sebagai pusat inovasi dalam bidang Semikonduktor, Mikroelektronik dan Teknologi ICT. Sejak penubuhannya, MIMOS telah memfailkan 2,000 paten dalam pelbagai domain teknologi dan merentasi bidang sosio-ekonomi utama yang memacu perkembangan transformasi digital Malaysia ke arena antarabangsa.
Kini, MIMOS mengendalikan beberapa pusat R&D yang memberi tumpuan kepada penyelidikan Semikonduktor & Penyelidikan Filem Nipis (Semiconductor & Thin Film Research), Elektronik Lanjutan & Sistem Terbenam (Advanced Electronics & Embedded Systems), Teknologi Pembuatan (Manufacturing Technology) dan teknologi Negara Bestari (Smart Nation).
Pada tahun 1997, MIMOS telah membangunkan fasiliti fabrikasi wafer pertama di Malaysia (Fab 1) untuk tujuan penyelidikan serta pengeluaran berskala kecil teknologi CMOS digital bersaiz 1.0 mikrometer menggunakan wafer bersaiz 6 inci (152 mm), dengan kapasiti 600 wafer sebulan.
Pada Mei 1997, MIMOS berjaya menghasilkan litar bersepadu (Integrated Circuit) pertama rekaan tempatan – 16-bit RISC & mikroprosesor yang dikenali sebagai Pesona.