Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
Lebuhraya E32 | |
|---|---|
| Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat West Coast Expressway | |
| Maklumat laluan | |
| Diselenggara oleh West Coast Expressway (WCE) Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KPLB) Sdn Bhd) | |
| Panjang | 233.0 km (144.8 mi) |
| Status | 8 seksyen dibuka untuk trafik: Seksyen di negeri Perak:
Seksyen di negeri Selangor:
|
| Wujud | 2014–kini |
| Sejarah | Siap sebahagian |
| Simpang utama | |
| Hujung utara | Changkat Jering, Perak |
| Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara LP 60 Laluan Persekutuan Malaysia 60 LP 5 Laluan Persekutuan Malaysia 5 LP 5 Lebuhraya Ipoh–Lumut LP 58 Laluan Persekutuan Malaysia 58 Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor LP 20 Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru North Klang Straits Bypass LP 2 Lebuhraya Persekutuan Lebuhraya Shah Alam Lebuhraya Shah Alam Lebuhraya Lembah Klang Selatan Lebuhraya Lembah Klang Selatan LP 31 Jalan Banting–Dengkil LP 32 Labohan Dagang–Nilai Route | |
| Hujung selatan | Banting, Selangor |
| Lokasi | |
| Destinasi utama | Taiping Beruas Sitiawan Teluk Intan Hutan Melintang Sabak Bernam Tanjung Karang Kuala Selangor Kapar Klang Banting |
| Sistem lebuh raya | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (bahasa Inggeris: West Coast Expressway, Singkatan: WCE atau LPB, Lebuhraya Pantai Barat) merupakan sebuah lebuh raya yang dibina di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Lebuhraya ini akan menghubungkan Taiping, Perak ke Banting di Selangor. Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad yang merupakan syarikat di bawah IJM Corporation Berhad. Kerajaan telah membenarkan pembinaan pada 20 Disember 2013 dan siap dalam 5 tahun tetapi projek ini telah dilewatkan dan pembinaan bermula pada Mei 2014
Antara jajaran yang dibuka kepada orang awam ialah:
- Seksyen 1: Banting - Tanjung Dua Belas (SKVE)
- Seksyen 2: Tanjung Dua Belas (SKVE) - Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
- Seksyen 5: Bandar Bukit Raja (S) - Bandar Bukit Raja (U)
- Seksyen 6: Bandar Bukit Raja (U) - Assam Jawa
- Seksyen 8: Hutan Melintang - Teluk Intan
- Seksyen 9: Lekir - Changkat Chermin
- Seksyen 10: Changkat Chermin - Beruas
- Seksyen 11: Beruas - Taiping Selatan