Teluk Intan
Teluk Intan
Teluk Anson تلوق اينتن | |
|---|---|
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 安顺 (Ringkas) 安順 (Tradisional) Ān shùn (Pinyin) |
| • Tamil | தெலுக் இந்தான்/அஞ்சு கிராமம் Teluk Intāṉ/Añcu Kirāmam (Transliterasi) |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Perak |
| Daerah | Hilir Perak |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Majlis Perbandaran |
| • Yang Dipertua | Haji Ibrahim Haji Ahmad |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 126.9 km2 (49.0 batu persegi) |
| Penduduk (2010 ) | |
| • Jumlah | 232 800 |
| • Kepadatan | 133/km2 (340/batu persegi) |
| Kod Kawasan | 36000 |
| Kod kawasan | 05 |
| Laman sesawang | www.mpti.gov.my |
Bandar Teluk Intan yang terletak di selatan negeri Perak merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak.
Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini ialah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datuk. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia. Di Perak menduduki tempat ketiga terbesar.
Dahulunya dikenali dalam kalangan komuniti Tamil sebagai "Anjugramam" (அஞ்சுகிராமம், yang bermaksud "Lima Kampung" dalam bahasa Tamil). Nama ini berkemungkinan merujuk kepada penempatan awal masyarakat Tamil di kawasan tersebut, yang ditubuhkan oleh pedagang dan buruh semasa zaman kolonial.
Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datuk, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.