Laluan Persekutuan Malaysia 68

Laluan Persekutuan Malaysia 68
Jalan Gombak
Maklumat laluan
Panjang59.8 km (37.2 mi)
Wujud1915–kini
Simpang utama
Hujung baratSetapak, Kuala Lumpur
Persimpangan utama LP 2 Jalan Genting Klang-Pahang
LP 2 Jalan Kampung Bandar Dalam
B22 Jalan Batu Caves
Lebuhraya Pantai Timur LP 2 AH141 Lebuhraya Karak
Jalan Genting Sempah-Genting Highlands
C7 Jalan Janda Baik
LP 121 Jalan Sambung Kuala Lumpur/Karak-Bentong
LP 8 Laluan Persekutuan 8
Hujung timurKetari berhampiran
Bentong, Pahang
Lokasi
Destinasi
utama
Gombak
Genting Sempah
Janda Baik
Bukit Tinggi
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Laluan Persekutuan 68 ialah sebatang laluan persekutuan yang menghubungkan Gombak di Selangor hingga ke Kampung Ketari di Bentong, Pahang . Di Selangor, laluan ini dinamakan sebagai Jalan Gombak manakala di Pahang dinamakan sebagai Jalan Kuala Lumpur . Jalan ini dikenali dengan nama-nama lain seperti:

  • Jalan Bentong Lama
  • Jalan Genting Sempah-Genting Highlands
  • Jalan Lama Bentong-Gombak / Jalan Lama Gombak-Bentong
  • Jalan Lama Bentong-KL / Jalan Lama KL-Bentong
  • Jalan Pahang Lama

Sebelum wujudnya Lebuhraya Karak E8/FT2, jalan ini asalnya merupakan sebahagian jajaran Jalan Kuala Lumpur-Kuantan FT2; namun, disebabkan selekohnya yang tajam, keadaan jalan yang sempit serta kekurangan ciri-ciri keselamatan, sebuah lebuh raya pengganti iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2 (kini Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak E8/FT2) dibina, menyebabkan jalan ini diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 68.