Lestari (kugiran)
Lestari | |
|---|---|
| Juga dikenali sebagai | Restu (1985–89) |
| Asal | Klang, Selangor, Malaysia |
| Genre | Heavy metal, hard rock, glam rock, slow rock, balada, rock |
| Pekerjaan | Kugiran |
| Tahun aktif | 1985–1998, 1999–kini |
| Diskografi | Lihat: Lestari discography (en) |
| Syarikat rakaman | |
| Kegiatan berkaitan | Stings, Kamal Halim, Kamal Bahrin, Lan Laga, Juwie, LY & Baiduri |
| Anggota semasa | Wan (ketua kumpulan) - vokalis Amir - gitar utama, suara latar Carlos - gitar bass, suara latar Kanang - dram Arbond - keyboard, suara latar |
| Bekas anggota | Kamal - gitar utama dan irama, suara latar Hamzah - gitar irama Ilham - gitar irama Rehan - gitar bass, suara latar John - gitar bass, suara latar Sham - dram |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Lestari adalah ilham dan diasakan oleh dua orang Kamal Bahrin dan Kanang pada tahun 1985 dengan nama Restu yang merupakan sebuah kugiran muzik rock dan heavy metal Malaysia yang dianggotai oleh Kamal, Kanang, Rehan, Ilham dan Man Kala adalah lima anggota asal kumpulan. Tidak lama selepas itu berlaku pengunduran dua orang anggota Restu iaitu Ilham dan Man Kala. Tempat mereka digantikan oleh dua orang anggota gantian iaitu Hamzah (gitar irama) dan Wan (penyanyi) telah menyertai kumpulan Restu dan kumpulan ini telah menukar nama kepada Lestari. Kamal Bahrin juga merupakan pengasas sekaligus ketua kumpulan dan penulis lirik terkenal bermula sekitar tahun 90-an dan Lan Laga juga penerbit album pertama kugiran tersebut. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock balada Melayu.
Mereka telah menghasilkan lapan album studio dan empat buah album kompilasi. Mereka dikenali kerana mempunyai banyak koleksi lagu-lagu hits antaranya adalah lagu Mahligaimu Dari Air Mataku, Air Mata Saksi Cintaku, Wangian Cintamu, Sekelip Mata Kau Berubah, Airmata Dihari Persandinganmu, Biar Pedih Kasih Terhiris, Terserah Padamu, Tatirana dan banyak lagi.