India Barat
|
India Barat | |
| |
| Zon waktu | IST (UTC+5:30) |
| Keluasan | 508, 052 km² |
| Negeri dan wilayah | Maharashtra, Gujarat, Goa, Dadra dan Nagar Haveli, Daman and Diu |
| Bandar raya yang mempunyai paling banyak penduduk (2008) | Mumbai, Pune, Ahmedabad, Surat, Nashik, Nagpur, Thane, dan Navi Mumbai |
| Bahasa rasmi | Marathi, Gujarati, Bahasa Konkani, Inggeris, Hindi [1] |
| Jumlah penduduk | 147,801,774 |
India Barat terdiri daripada negeri Goa, Gujarat, dan Maharashtra, bersama-sama Wilayah Kesatuan Daman dan Diu serta Dadra dan Nagar Haveli. Kawasan ini sangat diindustrikan, dengan jumlah penduduk yang besar. Kebanyakan kawasan India Barat merupakan sebahagian Empayar Maratha dan Empayar Mughal sebelum penjajahan oleh pihak British. Kawasan-kawasan itu menjadi sebahagian India selepas kemerdekaan dan mengambil bentuk terkini selepas States Reorganization Act (Akta Penyusunan Semula) 1956 diluluskan. India Barat lebih kurang disempadani oleh:
- Gurun Thar di barat laut;
- Banjaran Vindhya di utara; dan
- Laut Arab di timur.
Sebahagian besar India Barat berkongsi Penara Deccan dengan India Selatan.