Mumbai

Templat:Alih

Mumbai
Mumbaī
Bahasa Marathi: मुंबई
Bombay
Bandar Raya Mega
Langit Mumbai di seberang Back Bay
Gerbang India
The World Towers
Marine Drive
Hotel The Taj Mahal Palace
Pancuran Flora
Terminal Chhatrapati Shivaji
Jambatan Laut Bandra–Worli
Jata Mumbai
Nama panggilan: Bandar Impian, Bandar Tujuh Pulau, Bandar Maksimum, Kelapa Besar, [Bandar Yang Tidak Pernah Tidur
Koordinat: 19°04′34″N 72°52′39″E / 19.07611°N 72.87750°E / 19.07611; 72.87750
Negara India
NegeriMaharashtra
BahagianKonkan
DaerahBandar MumbaiPinggir Bandar Mumbai
Mula didiami1507
Dinamakan bersempenaMumbadevi
Pentadbiran
 • JenisPerbadanan Perbandaran
 • BadanPerbadanan Perbandaran Brihanmumbai
 • Datuk BandarKosong
 • PentadbirBhushan Gagrani, IAS
Keluasan
 • Bandar Raya Mega603.4 km2 (233.0 batu persegi)
 • Metro
6,328 km2 (2,443 batu persegi)
Aras
14 m (46 ft)
Penduduk
 (2011)
 • Bandar Raya Mega12,442,373
 • Pemeringkatan1
 • Metro
18,414,288 20,748,395 (UA Lanjutan)
DemonimMumbaikar, Bombayite, Mumbaiite
KDNK
 • PPPUS$400 bilion
 • Bandar raya mega₹8.01 trillion (US$FXConvert/Wordify error: cannot parse value "Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali")
 • MetroUS$277 bilion
Zon waktuUTC+5:30 (IST)
PIN
400 001 hingga 400 107
Kod kawasan+91-22
Pendaftaran kenderaan
  • MH-01 Mumbai (S/C)
  • MH-02 Mumbai (W)
  • MH-03 Mumbai (E)
  • MH-47 Mumbai (N)
HDI0.841 – sangat tinggi
Lapangan terbang antarabangsaLapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji
PengangkutanTransit Pantas: Metro Mumbai dan Monorel Mumbai Kereta api komuter: Kereta Api Pinggir Bandar Mumbai
Bahasa rasmiMarathi
Laman sesawangportal.mcgm.gov.in

Mumbai (Bahasa Marathi: मुंबई, Mumbaī, IPA: [mʊmbaɪ] ( dengar)), dahulunya dikenali dengan nama rasmi Bombay, merupakan ibu negeri Maharashtra di India, dan juga bandaraya yang paling ramai penduduknya di India, serta bandaraya kedua teramai penduduk di dunia, dengan kira-kira 14 juta orang. Di samping kawasan-kawasan bandar berdekatan, termasuk bandaraya Navi Mumbai dan Thane, Mumbai adalah salah sebuah kawasan bandar terbesar di dunia. Mumbai yang terletak di pantai barat India mempunyai pelabuhan semula jadi yang dalam. Pada 2009, Mumbai meraih gelaran bandaraya dunia alfa. Mumbai juga bandaraya terkaya di India, dan menikmati KDNK tertinggi di kalangan semua bandaraya di Asia Selatan dan Tengah.

Tujuh buah pulau yang membentuk Mumbai dahulunya adalah tempat tinggal masyarakat koloni nelayan. Selama ratusan tahun, pulau-pulau tersebut dikuasai oleh empayar tempatan yang bersilih ganti sebelum diserahkan kepada Portugis, dan selepas itu Syarikat Hindia Timur British. Pada pertengahan abad ke-18, Mumbai dibentuk semula oleh pihak British dengan projek kejuruteraan awam besar-besaran, sehingga terbit sebagai sebuah bandar perdagangan yang penting. Pembangunan ekonomi dan pendidikan mencirikan kota ini pada abad ke-19. Mumbai menjadi pangkalan yang kuat untuk gerakan kemerdekaan India pada awal abad ke-20. Apabila India merdeka pada tahun 1947, bandaraya tersebut digabungkan dalam Negeri Bombay. Pada 1960, ekoran gerakan Samyukta Maharashtra, negeri baru Maharashtra dicipta dengan Bombay sebagai ibu negeri. Pada tahun 1996, Bombay mendapat nama barunya iaitu Mumbai.

Mumbai merupakan pusat perdagangan dan hiburan India yang menjana 5% KDNK negara ini, serta menjelaskan 25% keluaran perindustrian, 70% perdagangan maritim di India (Mumbai Port Trust & JNPT), dan 70% urusniaga modal ke dalam ekonomi India. Mumbai adalah tempat terletaknya institusi kewangan terpenting di India seperti Bank Rizab India, Bursa Saham Bombay, Bursa Saham Kebangsaan India dan ibu pejabat bagi berbilang syarikat India dan perbadanan multinasional. Mumbai juga menempatkan institut nuklear terunggul di India, seperti BARC, NPCL, IREL, TIFR, AERB, AECI, dan Jabatan Tenaga Atom. Mumbai juga terkenal sebagai pusat perusahaan filem dan televisyen berbahasa Hindi dan Marathi, yang dikenali dengan timangan Bollywood. Peluang perniagaan di Mumbai dan juga potensi menawarkan taraf hidup yang lebih tinggi, menarik ramai penghijrah dari merata India, sehingga menjadikan bandaraya ini berbilang masyarakat dan budaya.