Tuhan
- Makalah ini berkenaan Tuhan dalam konteks monoteisme. Jika hendak melihat maklumat berkenaan Tuhan dalam konteks politeisme, sila rujuk Dewa.
Tuhan ialah satu entiti kewujudan yang Maha Kuasa, Maha Tahu, dan Maha Penyayang; yang biasanya disembah oleh manusia. Tanggapan mengenai tuhan berbeza-beza antara satu agama dengan satu agama yang lain. Contohnya, aliran utama agama Kristian menganggap imej tuhan seperti manusia, tetapi ada agama lain yang menganggap bahawa imej tuhan tidak dapat ditanggapi. Walau bagaimanapun, Tuhan ialah satu konsep yang boleh dijumpai secara universal pada setiap bangsa.
Maklumat berkenaan Tuhan boleh didapati dalam kitab agama. Kitab agama sentiasa dianggap oleh penganutnya sebagai sumber yang sahih berkenaan hal ehwal ketuhanan. Bagi masyarakat yang tidak beragama dan tidak berkitab, khayalan mengenai tuhan boleh ditemukan dalam karya sastera atau merujuk kepada alam semulajadi seperti hukum alam dan hukum rimba.
Manusia secara semula jadi mempunyai minat untuk mengenal tuhan. Namun begitu, setiap orang mempunyai bentuk keyakinan yang berbeza-beza mengenai kewujudan tuhan. Tahap-tahap keyakinan ini adalah seperti berikut:
- Teisme
Fahaman yang mengakui kewujudan tuhan. - Agnoteisme
Fahaman yang meragui kewujudan tuhan. - Ateisme
Fahaman yang menafi kewujudan tuhan.