Grand Prix Amerika Syarikat 2005

  Grand Prix Amerika Syarikat 2005
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-9 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2005.

Tarikh 19 Jun 2005
Nama rasmi XXXIV Foster's United States Grand Prix
Lokasi Indianapolis Motor Speedway
Indianapolis, Indiana
Litar Litar perlumbaan tetap
4.192 km (2.605 batu)
Jarak 73 pusingan, 306.016 km (190.238 batu)
CuacaMendung
Petak pertama
Pemandu Jarno Trulli Toyota
Masa 1:10.625
Pusingan terpantas
Pemandu Michael Schumacher Ferrari
Masa 1:11.497 pada pusingan ke-48
Podium
Pertama Michael Schumacher Ferrari
Kedua Rubens Barrichello Ferrari
Ketiga Tiago Monteiro Jordan-Toyota
Peneraju pusingan
  • Templat:F1Laps2005

Grand Prix Amerika Syarikat 2005 merupakan salah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang paling berkontroversi dalam sejarah moden sukan tersebut. Ia diadakan pada 19 Jun, 2005 di Indianapolis Motor Speedway dan merupakan perlumbaan kesembilan pada musim 2005. 20 kereta menarik diri daripada perlumbaan ini, dan hanya enam kereta yang menggunakan tayar Bridgestone (Ferrari, Minardi dan Jordan) memulakan perlumbaan. Baki empat belas kemasukan, kesemuanya menggunakan tayar Michelin, melengkapkan pusingan formasi (dan secara teknikalnya telah mengambil bahagian dalam perlumbaan, dan mengelakkan hukuman), namun memasuki pit sebelum perlumbaan berakhir.

Daripada enam pesaing, pemandu Ferrari, Michael Schumacher, memenangi perlumbaan ini di hadapan rakan sepasukan, Rubens Barrichello. Tiago Monteiro mendapat podium pertama dan terakhirnya dalam Formula Satu selepas mendapat tempat ketiga untuk pasukan Jordan.