Georgia

Georgia juga adalah nama sebuah negeri di Amerika Syarikat, lihat Georgia, AS.
Georgia
საქართველო (Georgia)
Sakartvelo
Bendera Jata
Cogan kata
ძალა ერთობაშია
Dzala Ertobashia
("Kekuatan dalam Penyatuan")
Lagu kebangsaan
თავისუფლება
Tavisupleba
("Kebebasan")
Kawasan di bawah kawalan Georgia dalam warna hijau tua; kawasan yang dituntut tetapi tidak dikawal Georgia dalam warna hijau muda
Ibu negara
dan bandar terbesar
Tbilisi
41°43′N 44°47′E / 41.717°N 44.783°E / 41.717; 44.783
Bahasa rasmiGeorgia (seluruh negara)
Abkhazia (Abkhazia AR)
Kumpulan etnik
(2014)
86.8% orang Gurji
6.2% Azerbaijan
4.5% Armenia
0.7% Rusia
2.1% Lain-lain
Agama
(2014)
88.1% Kristian
—83.4% Ortodoks Georgia
—5.7% Kristian lain
10.7% Islam
1.2% Lain/Tiada
KerajaanRepublik berparlimen kesatuan
• Presiden
Salome Zurabishvili (სალომე ზურაბიშვილი)
• Pengerusi
Parlimen
Shalva Papuashvili (შალვა პაპუაშვილი)
• Perdana Menteri
Irakli Kobachidze (ირაკლი კობახიძე)
Badan perundanganParlimen
Sejarah penubuhan
• Kolkhis dan Iberia
abad ke-13 c. SM – 580 M
• Kerajaan Abkhazia dan Iberia Bagratid
786–1008
• Kerajaan Georgia
1008
• Perpecahan Tiga
1463–1810
• Penaklukan Rusia
12 September 1801

26 Mei 1918
• Penaklukan semula Rusia
25 Februari 1921
• Kemerdekaan dari Kesatuan Soviet
Pengisytiharan
Penyempurnaan


9 April 1991
25 Disember 1991
• Perlembagaan kini
24 Ogos 1995
Keluasan
• Jumlah
69,700 km2 (26,900 bt2) (Ke-119)
Populasi
• Perkiraan 2020
3,716,858
4,012,104 (Ke-131)
• Bancian Penduduk 2014
3,713,804
57.6/km2 (149.2/sq mi) (Ke-137)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$46.05 billion (Ke-112)
$12,409 (Ke-101)
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$17.83 billion (Ke-118)
$4,285 (Ke-107)
Gini (2018) 36.4
sederhana
HDI (2018) 0.786
tinggi · Ke-70
Mata wangLari Georgia (₾)
(GEL)
Zon waktuUTC+4 (Waktu Georgia GET)
Arah memandukanan
Kod panggilan+995
Kod ISO 3166GE
DPT internet.ge .გე
Laman sesawang rasmi
Gov.ge
  1.   Data tidak termasuk wilayah Georgia yang diduduki.
  2.   Data termasuk wilayah Georgia yang diduduki.

Georgia (Bahasa Georgia: საქართველო Sakartvelo; dikenali dari tahun 1990 hingga 1995 sebagai Republik Georgia) adalah sebuah negara di sebelah timur Laut Hitam di selatan Kaukasus. Bekas republik bagi Kesatuan Soviet ini bersempadan dengan Rusia di sebelah utara dan Turki, Armenia serta Azerbaijan di selatan.

Georgia kaya dengan sejarah yang mendalam serta mengamalkan budaya menarik yang telah lama dipelihara. Ketika Zaman Pertengahan, Kerajaan Georgia telah muncul sebagai kerajaan terkuat dengan mencapai kemuncaknya antara abad ke-10 dan ke-13. Selepas menempuh zaman penguasaan Turki dan Parsi, Georgia telah ditakluk oleh Empayar Rusia pada abad ke-19. Kemudian, munculnya negara Georgia merdeka yang wujud dari tahun 1918 dan 1921 sebelum ia digabungkan ke dalam Kesatuan Soviet. Pada tahun 1936, Georgia menjadi sebuah republik kesatuan sehingga pembubaran Kesatuan Soviet. Ketika zaman Soviet, ekonomi Georgia mengalami pemodenan dan dipelbagaikan. Georgia mengisytiharkan kedaulatan negaranya pada 19 November 1989 dan kemerdekaannya secara rasmi pada 9 April 1991.

Georgia merupakan sebuah negara membangun yang terletak di kedudukan ke-70 dalam Indeks Pembangunan Manusia. Georgia merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Majlis Eropah dan Pertubuhan untuk Demokrasi dan Pembangunan Ekonomi GUAM. Georgia mempunyai dua wilayah bebas iaitu Abkhazia dan Ossetia Selatan yang memperoleh pengiktirafan antarabangsa yang sangat terhad selepas Perang Rusia-Georgia 2008. Kebanyakan negara dunia menganggap wilayah-wilayah itu sebagai wilayah Georgia di bawah pendudukan Rusia.