Sweet Qismina

Sweet Qismina
Kelahiran
Farhanna Qismina binti Supandi

(1997-10-24) 24 Oktober 1997
Nama lainSweet Farhana
PendidikanDiploma Asas Seni dan Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti SEGi
PekerjaanPelakon, Pengacara, Model, Penyanyi
Tahun aktif2004–kini
Ketinggian153 cm (5 ka 0 in)
PasanganAdam Lee (k. 2022)
IbuMisnah Atan
BapaAllahyarham Supandi Mohammad

Farhanna "Sweet" Qismina Supandi (lahir 24 Oktober 1997) merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sebagai pelakon kanak-kanak, beliau mendapat perhatian menerusi watak lakonannya sebagai Fasha menerusi siri televisyen Hikayat Putera Shazlan. Beliau merupakan pemenang Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.