Ezad Lazim

Ezad Lazim
Kelahiran
Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim

(1979-11-30) 30 November 1979
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1993–kini
PasanganNor Azeana Haji Ramli (k. 2013)
Anak-anakPuteri Rania Kiesha
Putra Muhammad Darwish
Ibu bapaMohd Lazim Ismail (bapa)
Rosadah Jahaya (ibu)
SaudaraRozita Mohd Lazim (kakak)
Along Zaimi (anak saudara)
Bunga Isme (adik ipar)
Kerjaya muzik
GenrePop Rock
Alat muzikVokal ▪︎ gitar
Syarikat rakamanAda Exists Sdn Bhd
Universal Music Malaysia
MVM Production
(2011-2018)
Suria Records
Broadway NuMusic (2019)
DATU Entertainment (2020)
NAR Records (2021)
Kegiatan berkaitanExists

Mohd Rohaizad Mohd Lazim atau lebih dikenali sebagai Ezad Lazim (lahir 30 November 1979) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian sebagai vokalis untuk kumpulan Exists menerusi album Diammu Gunung Berapi pada tahun 1995 menggantikan vokalis asalnya, Mamat yang mengundurkan diri pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, beliau telah menghasilkan album solo yang pertama yang berjudul Mengharap Bintang. Lagu hit dari album itu ialah Mengharap Bintang dan Percintaan Ini. Album ini telah melonjakkan kembali namanya dalam industri muzik tanah air selepas beliau meninggalkan kumpulan Exists pada tahun 2007.