Daerah Kuching

Daerah Kuching
Daerah Kuching
Koordinat: 1°33′40″N 110°20′30″E / 1.561111°N 110.341667°E / 1.561111; 110.341667
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Kuching
Pusat pentadbiranKuching
Pihak berkuasa tempatan
Pentadbiran
 • Pegawai daerahSofhi Haji Jebal
Keluasan
 • Jumlah1,498 km2 (578 batu persegi)
Penduduk
 (2024)
 • Jumlah315,716
 • Kepadatan210/km2 (550/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
93xxxx
94xxxx

Kuching merupakan sebuah daerah pentadbiran yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandaraya Kuching, yang juga merupakan pusat pentadbiran bagi Bahagian Kuching dan wilayah Sarawak.

Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 1,498 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 315,716 orang pada tahun 2024. Daerah ini juga merupakan daerah paling ramai penduduk dan paling padat di Sarawak.

Daerah Kuching terbahagi kepada empat kawasan mukim bandar, iaitu :

  • Ibu Kota Kuching
  • Petra Jaya
  • Sejingkat
  • Matang