DPMM FC

DPMM FC
Nama penuhKelab Bolasepak
Duli Pengiran Muda Mahkota Football Club
Diasaskan2000 (2000)
StadiumStadium Nasional Hassanal Bolkiah
Bandar Seri Begawan,Brunei
(Kapasiti: 30,000)
PengerusiPengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
PengurusMohammad Ali bin Haji Momin
Jurulatih Jamie McAllister
LigaLiga Super Malaysia
2024–25Liga Perdana Singapura,
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Duli Pengiran Muda Mahkota Football Club (DPMM FC) ialah kelab bola sepak yang pernah menyertai Liga Malaysia, Singapura dan kini bermain di Liga Super Malaysia, bertapak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Kelab ini pernah bermain dalam Liga Perdana Brunei di awal 2000, memenangi liga pada 2002 dan 2004. Kelab ini bersetuju untuk bermain dalam Malaysia dan menyertai Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan luar untuk musim 2005-06. Pasukan ini dinaik taraf ke Liga Super dan mendapat tempat ketiga dan kesepuluh dalam liga tersebut. Kemudian, mereka meninggalkan Malaysia untuk menyertai Liga Singapura untuk musim 2009. Mereka memenangi Piala Liga Singapura tetapi dipaksa keluar dari pertandingan kerana FIFA menggantung Persatuan Bolasepak Brunei kerana kerajaan Brunei masuk campur urusan persatuan bola sepak mereka, menyebabkan semua kelab atau persatuan bola sepak dari Brunei dilarang bertanding atau menyertai mana-mana pertandingan di luar negara. Keputusan permainan kelab ini dalam Liga Singapura digantung.

DPMM FC ini dimiliki oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang pernah bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan itu.