Cyrus Agung

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Kirus Agung
Kirus/Kurus Agung
کوروش بزرگ
Raja Parsi, Raja Anshan, Raja Media, Raja Babylon, Raja Sumer dan Akkad, Raja Empat Penjuru Dunia
Pemerintahan559 BC-529 SM (30 tahun)
PertabalanAnshan, Persis
DimakamkanPasargadae
PendahuluCambyses I
PenggantiCambyses II
PasanganCassadane dari Parsi
AnakandaCambyses II
Smerdis
Artystone
Atossa
Nama tidak diketahui
Kerabat dirajaAchaemenid
AyahandaCambyses I dari Parsi
BondaMandane dari Media atau Argoste (dari Parsi?)
AgamaZoroastrianism

Kirus/Kurus Agung (Parsi purba: Τ΢ν΢ρ, IPA: [kʰuːrʰuʃ], Kūruš > Parsi moden: کوروش بزرگ, Kūrošé Bozorg; bahasa Yunani: Κῦρος Kỹros, Bahasa Latin: Cyrus, s. 600 SM atau 576 – Ogos 530 SM atau 529 SM), juga dikenali sebagai Cyrus II dari Parsi dan Cyrus Orang Tua, merupakan Shāhanshāh (Maharaja) Parsi yang pertama. Baginda merupakan pengasas Empayar Parsi di bawah empayar dinasti Achaemenid — sebuah empayar dunia pertama yang mempunyai sejarah penting dan mungkin yang paling kaya dan menggagumkan di dalam sejarah.

Di bawah pemerintahan baginda, empayar Parsi berjaya menawan banyak negara-negara bertamadun hebat yang lain yang terletak berdekatan Timur Dekat purba, ia berkembang dengan pesat, dan kemudian akhirnya menakluki kebanyakkan negara-negara di Asia Barat Daya dan Asia Tengah, bermula dari Mesir dan Hellespont di barat sehingga Sungai Indus di timur, dan mewujudkan empayar terbesar yang pernah disaksikan oleh dunia.

Tempoh pemerintahan Raja Kurus berlangsung selama 20 hingga 30 tahun. Raja Kurus menubuhkan empayar beliau dengan mula menentang dan menakluk Empayar Media, Empayar Lydia dan kemudian Empayar Babylon Baru. Sebelum atau selepas penawanan Babylon, beliau telah mengetuai ekspedisi ke tengah Asia, yang mana mewujudkan kempen-kempen utama yang membawa "kepada penguasaan negara semua tanpa kekecualian". Kurus tidak berjaya menawan Mesir, setelah baginda mangkat dalam pertempuran dalam peperangan melawan orang Scythia di sepanjang Syr Darya pada bulan Ogos 530 SM atau 529 SM. Beliau telah digantikan oleh anak lelakinya, Cambyses II, yang telah berjaya meluaskan empayarnya dengan menakluk Mesir, Nubia, dan Cyrenaica semasa tempoh pemerintahan singkatnya.

Sebagai seorang pemimpin tentera, Raja Kurus meninggalkan warisan kekal pada seni kepimpinan dan membuat keputusan dan beliau menyifatkan kejayaan beliau sebagai "Kepelbagaian dalam nasihat, kesatuan dalam arahan." Raja Kurus menghormati budaya dan agama di tanak taklukannya. Adalah dikatakan, dalam sejarah sejagat peranan empayar Achaemenid yang ditubuhkan oleh Raja Kurus bergantung pada kejayaan model pentadbiran berpusat dan mewujudkan kerajaan yang bekerja ke arah kebaikan dan keuntungan subjeknya. Secara fakta, pentadbiran empayar melalui satraps dan prinsip-prinsip utama menubuhkan kerajaan di Pasargadae berjaya buat Raja Kurus. Selain dari negaranya sendiri, Iran, Raja Kurus juga meninggalkan warisan berterusan ke atas agama Yahudi (melalui Edik Pemulangan beliau), hak-hak kemanusiaan, politik dan strategi ketenteraan, selain kedua-dua budaya Timur dan tamadun Barat.