Scythia
Saka (Parsi: سکاستان Sakâstan bentuk lama: 𐎿𐎣𐎠 Sakā atau 𐎿𐎤𐎢𐎭𐎼 Skudra, Bahasa Yunani: Σκυθία Skythia, Latin dan Inggeris: Scythia) adalah sebuah kawasan di Eurasia yang didiami oleh orang Saka berbangsa rumpun Iran bermula pada kurun ke-8 SM sehingga kurun ke-2 SM. Lokasi dan jangkauan kawasannya berubah mengikut masa tetapi biasanya lebih mengunjur ke barat berbanding seperti yang ditunjukkan di dalam peta. Kawasan yang dikenali oleh para pengarang klasik sebagai Scythia termasuk:
- Padang rumput Kaspia-Pontic: Kazakhstan, selatan Rusia dan Ukraine (didiami oleh orang Scythia bermula sekurang-kurangnya kurun ke-8 SM)
- Kawasan Caucasus Utara, termasuk negara moden Azerbaijan.
- Sarmatia, Ukraine, Belarus, Poland sehingga ke Oceanus Sarmaticus juga dikenali sebagai Baltik.
- Ukraine Selatan dengan kawasan hilir sungai Danube dan sebahagian Romania, juga dikenali sebagai Scythia Kecil
Saka (Indo-Scythia) mengunjur sehingga ke Sistan (yang mana dikenali sebagai Sakestan) dan Lembah Indus bermula pada kurun pertama SM, tetapi kawasan ini biasanya tidak dimasukkan di dalam istilah "Scythia."