Biskut
| Biskut | |
|---|---|
| Jenis | Cookies, biscuits, crackers, snek |
| Tempat asal | Great Britain |
| Bahan utama | Tepung gandum, gula, air, susu, garam, serbuk penaik |
| Cara penyediaan | Membakar |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Biskut (Jawi: بيسكوت; bahasa Inggeris: biscuit) ialah sejenis kuih cekut kering berasaskan tepung leper nipis yang dibakar dengan rasa rangup dimakan. Ia boleh datang dalam cara manis mahupun berasa gurih.
Kata nama ini asasnya menyerap dari gabungan bis ("dua kali") and coquere, coctus ("masak") dalam bahasa Latin melalui bahasa Perancis Lama (bescuit menjadi bisquite) maka bermaksud "masak dua kali": biskut pada zaman Rom purba hinggalah ke Abad Pertengahan dibuat dengan membakar semula roti yang dibakar semula perlahan-lahan agar lebih tahan lama, pengungkapan ini beralih makna pada abad ke-14 merujuk kepada sebarang kepingan makanan dimasak dua kali. Kamus Buku Katan (1936) memberi takrifan terawal kata serapan Inggeris ini (ejaan lama: بيسکوة) sebagai "roti keras dibuat berkeping-keping nipis atau bulat-bulat kecil".