Bilal bin Rabah
| Bilal بِلَال ٱبْن رَبَاح | |
|---|---|
Sebuah lukisan kenit Parsi Islam dari Siyer-i Nebi (abad ke-16, Kerajaan Uthmaniah), menggambarkan Bilal melaungkan azan | |
| Lahir | 5 Mac 580M |
| Tempat kelahiran | Mekah, Hijaz |
| Terkenal kerana | Antara sahabat terkenal Nabi Muhammad dan pelaung azan pertama Islam |
| Jawatan | Setiausaha Perbendaharaan Negeri Islam Madinah |
| Gelaran | Sayid Al-Muazzin (Sayyid al-Muʾaḏḏin) |
| Meninggal dunia | 2 Mac 640 (umur 57) AD |
| Bapa | Rabah |
| Ibu | Hamamah |
| Isteri |
|
| Agama | Islam |
Bilal bin Rabah (Arab: بِلَال ٱبْن رَبَاح, Bilāl ibn Rabāḥ , 580–640M) ialah seorang sahabat nabi dan muazin pertama dalam Islam, dipilih oleh Nabi Muhammad. Beliau dilahirkan di Habsyah pada 5 Mac 580M, bersamaan dengan 1 Jamadil Awal 44SH. Bilal dibesarkan di Habsyah sebagai seorang hamba yatim Bani Jumah yang berada bawah jagaan Umaiyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal menjadi antara orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau meninggal pada usia 63 pada tahun 640M, bersamaan dengan 2 Rabiul Awal 20 Hijrah.