Batik

Batik
Motif Batik dari Surakarta, Provinsi Jawa Tengah
JenisKain Seni (Art Fabric)
BahanKain, Sutera, Kapas
Tempat asalJawa dalam Indonesia Moden
Pendidikan dan Latihan dalam Batik
Museum Batik Pekalongan, Jawa Tengah
NegaraIndonesia
DomainKemahiran pertukangan tradisional, tradisi lisan dan ekspresi, amalan sosial, ritual serta perayaan. (Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events)
Rujukan[https://ich.unesco.org/en/RL/00318 [1]]
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2009 (sesi 4th)
SenaraiGood Safeguarding Practices
Batik Indonesia
Wanita melakukan kraf batik di Jawa. Ia melukis corak rumit menggunakan canting dan lilin yang disimpan panas dan cair dalam kuali kecil yang dipanaskan,
27 Julai 2011
NegaraIndonesia
DomainKemahiran pertukangan tradisional, tradisi lisan dan ekspresi, amalan sosial, ritual serta perayaan. (Traditional craftsmanship, oral traditions and expressions, social practices, rituals and festive events)
Rujukan[https://ich.unesco.org/en/RL/00170 [2]]
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2009 (sesi 4th)
SenaraiRepresentative

Batik ialah jenis kain yang lazim yang berasal daripada Jawa, dicorakkan dengan bahan lilin melalui pelbagai kaedah, antaranya termasuk kaedah tulis, skrin, celup, dan terap. Di Kepulauan Indonesia, semua bahan untuk proses itu sedia ada – kapas dan lilin lebah serta tumbuhan yang menghasilkan pewarna sayuran yang berbeza.

Seni ini mula-mula dikembangkan oleh masyarakat pulau Jawa yang menyebar ke pulau-pulau serantau. Sejak dipisahkan oleh pengasas negara Tun Abdul Rahman dan Soekarno, kedua-dua negara-negara moden sinambungan Indonesia dan Malaysia meneruskan seni batik yang sedia ada berdasarkan unsur masyarakat tersendiri.

Awalnya kedua-dua negara ini ingin disatukan kembali selepas London Agreement menjadi satu negara bernama Maphilindo. Tetapi pengasas negara khususnya Tun Abdurahman lebih mengutamakan kemerdekaan dengan bantuan British dan menjadi negara Komanwel.

Namun begitu, batik di Malaysia masih dipengaruhi oleh batik Jawa, khususnya batik Encim Pekalongan (batik Peranakan Jawa-Cina) dan batik Lasem. Ini terbukti dalam struktur batik Malaysia, yang menggunakan struktur batik Encim (Klowongan, Isen, dan Tanahan), melambangkan falsafah Jawa mikrokosmos dan makrokosmos, dengan motif yang dipengaruhi budaya Cina. Batik Trengganu banyak dipengaruhi oleh batik Lasem, terserlah pada corak, motif, dan juga warna.

Sesetengah saintis seperti G. P. Rouffaer dan Juynboll mencadangkan bahawa Batik mungkin atau boleh jadi berdasarkan teknik yang diperkenalkan pada abad ke-6 atau ke-7 dari India atau Sri Lanka. Sesetengah sarjana bagaimanapun membantah bahawa persamaan corak tidak semata-mata buat kesimpulan bagi batik kerana ia boleh jadi dibuat dengan beberapa teknik yang tidak berkaitan. Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.

Keseluruhan teknik, teknologi, dan perkembangan motif dan budaya batik di negara Indonesia termasuk industri tempatan telah ditetapkan pihak UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara sejak 2 Oktober 2009.