Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia
Maklumat am
Ditubuhkan26 Januari 1959
Bank pusat bagiMalaysia
Mata wangRinggit Malaysia
Tapak sesawanghttp://www.bnm.gov.my/
Pentadbiran dan pengurusan
Gabenor Bank Negara Malaysia W. H. Wilcock (1959–1962)
Zeti Akhtar Aziz (2000–2016)
Muhammad bin Ibrahim (2016–2018)
Nor Shamsiah Mohd Yunus (2018–2023)
Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour (2023–)
Jawatankuasa/majlis
Perangkaan
Rizab121,278,060,000 Dolar Amerika Syarikat 
Lokasi
Ibu pejabatKuala Lumpur
NegaraMalaysia
sunting · sunting di Wikidata

Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan bank pusat bagi negara Malaysia. Ia merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959 (sebagai Bank Negara Tanah Melayu). Ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

BNM tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan utamanya adalah menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan serta menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan Malaysia, Bank Negara Malaysia memberikan nasihat berkaitan dengan dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Bank Negara Malaysia juga merupakan pihak berkuasa tunggal yang mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.