Baizura Kahar
Baizura Kahar | |
|---|---|
| Kelahiran | Nurbaizura binti Ahmad Kahar 8 Februari 1982 |
| Pendidikan |
|
| Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
| Pekerjaan | Pelakon, penulis |
| Tahun aktif | 2006–2008 (Pelakon) 2009–kini (Penulis Skrip) |
| Pasangan | Wan Mohd Ariff (k. 2010) |
Nurbaizura Ahmad Kahar (lahir 8 Februari 1982) merupakan seorang pelakon dan penulis wanita Malaysia, yang meraih kejayaan tempoh singkat dalam bidang lakonan.
Berkelulusan dalam Ijazah dalam Kajian Media dan Komunikasi juga Ijazah dalam Seni Persembahan di Universiti Malaya, Baizura memulakan kerjaya awal sebagai pelakon iklan, kemudian model majalah, dan akhirnya dilamar pengarah Kabir Bhatia ke bidang lakonan.
Baizura diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak gadis yang mempunyai masalah psikologi setelah kematian teman lelaki dalam filem Sepi sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Maya Karin dan Vanidah Imran di Anugerah Skrin 2008.
Namun pada 2008, Baizura mengumumkan persaraan daripada bidang lakonan. Hayat beliau dalam industri sejak 2006 hingga 2008 namun berjaya memukau peminat filem dengan bakat besarnya.
Baizura juga pernah berduet dengan kumpulan Duta menyanyikan lagu bertajuk Cinta Antara Kita yang dikeluarkan pada tahun 2006.